Langkau ke kandungan utama

Karangan Masalah Sosial Di Dalam Kalangan Remaja.

Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ini.

Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kawalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya  dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas.

Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca daripada pengaruh media massa. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak saluran yang laim sehingga minda mereka mudah diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan modenisasi yang turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk lepas daripada kongkongan ibu bapa dan menuntut hak individu juga memyebabkan remaja menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka.

Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan kemerosotan disiplin di sekolah. Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak mengenakan hukuman yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin, maka mereka ini akan berani untuk melakukan perbuatan yang sama. Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku persekolahan kelak. Hal ini sudah tentu akan memberikan persepsi yang negatif oleh masyarakat terhadap mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke pendidikan tinggi serta alam pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh pihak sekolah bersifat negatif.

Kesan daripada masalah sosial dalam kalangan remaja ke atas diri mereka ialah mereka akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Selain itu, kesan kepada keluarga ialah institusi kekeluargaan akan runtuh dan hilangnya kebahagian dan keharmonian. Kemudian, kesan kepada masyarakat ialah,  masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Hal ini akan berlakunya  pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat. Akhir sekali, kesan kepada Negara ialah negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Selain itu, kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah ini ialah ibu bapa mestilah memantau dan mengambil berat dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana pada masa ini ibu bapa lebih banyak mementingkan kerjaya dan wang berbanding meluangkan waktu bersama-sama anak-anak di rumah bak kata pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Lantaran itu, anak-anak akan mudah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Selagi ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak, selagi itulah perkara ini tidak boleh diselesaikan.

   Selain itu, setiap individu mestilah pandai dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana remaja pada masa ini lebih banyak membazirkan waktu mereka bersama-sama rakan-rakan sebaya hanya untuk menginginkan kebebasan. Implikasinya, remaja-remaja akan terjerumus dalam melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tamsilnya, mereka akan mengikut kumpulan-kumpulan gangster dan sebagainya. Jika perkara sebegini masih berleluasa maka kes-kes seperti ini tidak akan berkurangan.

   Di samping itu, pihak kaunselor sekolah juga perlulah mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini dengan cara mengadakan program yang berkaitan dengan masalah pelajar di sekolah. Hal ini disebabkan kerana remaja sekarang lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah berbanding menyertai program yang memberi keinsafan dan pengajaran. Dengan ini, pelajar yang bermasalah akan berminat untuk menyertai program yang diadakan ini. Sebagai contoh, guru kaunselor mestilah dapat menarik minat pelajar-pelajar tersebut dengan cara berjumpa dan memberi nasihat kepada pelajar itu. Dengan adanya cara sebegini, remaja-remaja akan berubah dan insaf jika mengikuti program tersebut.

   Konklusinya,para remaja mestilah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.Selain itu, masyarakat juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan oleh remaja. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme bak kata peribahasa ‘tepuk sebelah tangan tidak berbunyi’.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tajuk Karangan Tentang Kepentingan Unsur-Unsur Kebudayaan.

• karangan kedua. Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.      Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjun...

Tajuk Karangan Tentang Masalah Sosial Di Kalangan Remaja.

• Karangan kedua Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.  Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.             Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana in...

Tajuk Karangan Tentang Krisis Makanan Dan Teknologi Sebagai Penyelamat.

• Karangan Kedua . Sejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan. Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun.Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan yang melebihi penwaran bekalan makanan telah menyebabkan kr...