Langkau ke kandungan utama

Definisi Ayat Bahasa Kebangsaan 2.

DEFINISI AYAT.

Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

Pada umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu ayat dasar yang disebut juga sebagai ayat inti dan ayat terbitan. Ayat terbitan ialah ayat yang dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses perluasan, pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar.

Ahli-ahli bahasa tempatan telah memberikan takrif yang hampir serupa tnetang ayat, Antara takrif yang diberikan adalah seperti yang berikut :

"Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu ayat boleh dibina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil: klausa, rangkai kata, kata dan morfem. Ayat merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan. Maka ayat lebih umum dikenali sebagai bentuk pengucapan yang mengandungi fikiran yang sempurna."

Arbak Othman (1983 :133) 



"Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai."

Asmah Hj. Omar (1980 : 359)




"Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna."

Nik Safiah Karim et al. (2006 : 414)



"Ikatan  perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini ialah dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan-perkataan itu bukanlah jadi ayat."

Za'ba (1958 : 2156)



RUJUKAN : SIRI PENDIDIKAN GURU BAHASA MELAYU 1 (2008).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tajuk Karangan Tentang Kepentingan Unsur-Unsur Kebudayaan.

• karangan kedua. Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.      Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjun...

Tajuk Karangan Tentang Masalah Sosial Di Kalangan Remaja.

• Karangan kedua Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.  Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.             Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana in...

Tajuk Karangan Tentang Krisis Makanan Dan Teknologi Sebagai Penyelamat.

• Karangan Kedua . Sejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan. Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun.Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan yang melebihi penwaran bekalan makanan telah menyebabkan kr...