BAB 1: ASAL USUL BAHASA KEBANGSAAN ada di permulaan tugasan saya #PUAN MASKOR. BAB 2:KENAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor. · Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. · Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. · Ketiga, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. · Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Ini antara faktor mengapa kita perlu menggunakan bahasa Melayu. Jangan sisihkan bahasa Malayu bahasa kebangsaan kita. Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Me