Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Definisi Ayat Bahasa Kebangsaan 2.

DEFINISI AYAT. Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk. Pada umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu  ayat dasar  yang disebut juga sebagai ayat inti dan  ayat terbitan . Ayat terbitan ialah ayat yang dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses perluasan, pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar. Ahli-ahli bahasa tempatan telah memberikan takrif yang hampir serupa tnetang ayat, Antara takrif yang diberikan adalah seperti yang berikut : "Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu ayat boleh dibina daripada unit

Definisi Ayat Bahasa Kebangsaan 1.

Apakah Definisi Ayat dalam Bahasa Melayu?... Definisi ayat.     Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Za’ba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.Menurut Za’ba : ” ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya”   ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm.148 )     Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za’ba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini  bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan

Tokoh Bahasa Kebangsaan.

Tokoh Bahasa: Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong Sumber gambar: http://www.uim.edu.my/v2/ Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong ialah Profesor Linguistik, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau berkhidmat sebagai Felo Utama di  Institut Kajian Etnik (KITA)  di sana. Dari segi kelayakan akademik, Prof. Dato’ Dr. Teo memiliki empat ijazah dalam pengkhususan linguistik. Dua diperoleh daripada universiti tempatan, iaitu Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Malaya pada tahun 1982, dan Sarjana Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1986. Dua lagi diperoleh daripada The University of California at Berkeley, Amerika Syarikat, iaitu Masters of Arts pada tahun 1991 dan Doctor of Philosophy... |  Sumber:  mybukhari.net  | Biodata Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong ialah Profesor Linguistik, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau berkhidmat sebagai Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KI

Kata Kerja Transitif & Tak Transitif

KATA KERJA TRANSITIF DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF   Kata kerja transitif memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut. Dengan perkataan lain, selepas kata kerja transitif mesti terdapat objek (kata nama) yang menerima akibat kata kerja itu.   Ayat kata kerja transitif tidak akan lengkap maksudnya tanpa objek atau penyambut.   Kata Kerja Transitif terbahagi kepada dua bentuk iaitu: 1-berawalan. 2-berapitan.   Bahagian bentuk-bentuk tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas dengan melihat penjelasan di bawah: berawalan meM   kkt             - membasuh   objek         - baju   contoh ayt - Aiman membasuh baju di rumah.  berawalan mempeR   kkt             - memperindah   objek         - tenunan   contoh ayt - perempuan itu memperindah tenunan                       songketnya.  berapitan meN-...-kan   kkt             - menghadiahkan   objek         - buah epal   contoh ayt - Ahmad menghadiahkan benerapa buah epal                        kepad

BAB 1

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.  Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. 1.1.1 Berasal dari Asia Tengah R.H. G