Langkau ke kandungan utama

Kata Kerja Transitif & Tak Transitif

KATA KERJA TRANSITIF DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA KERJA TRANSITIF

  Kata kerja transitif memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut. Dengan perkataan lain, selepas kata kerja transitif mesti terdapat objek (kata nama) yang menerima akibat kata kerja itu.

  Ayat kata kerja transitif tidak akan lengkap maksudnya tanpa objek atau penyambut.

  Kata Kerja Transitif terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
1-berawalan.
2-berapitan.

  Bahagian bentuk-bentuk tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas dengan melihat penjelasan di bawah:

berawalan meM
  kkt             - membasuh
  objek         - baju
  contoh ayt - Aiman membasuh baju di rumah.
 berawalan mempeR
  kkt             - memperindah
  objek         - tenunan
  contoh ayt - perempuan itu memperindah tenunan
                      songketnya.
 berapitan meN-...-kan
  kkt             - menghadiahkan
  objek         - buah epal
  contoh ayt - Ahmad menghadiahkan benerapa buah epal
                       kepada Ismail .
berapitan meN-...i
  kkt             - membaiki
  objek         - basikal
  contoh ayt - Ibrahim sedang membaiki basikal.
berapitan mempeR-...-i
  kkt             - menghayati
  objek         - alunan
  contoh ayt - Aiman sedang menghayati alunan lagu nasyid itu.

contoh ayat:
- Aiman  membasuh baju di rumah.
- perempuan itu memperindah tenunan songketnya.
- Ahmad menghadiahkan  beberapa buah epal kepada Ismail.
- Ibrahim  sedang membaiki basikal.
- Aiman sedang menghayati alunan lagu nasyid itu.

  Terdapat juga kata kerja transitif berapitan meN-...-kan yang mempunyai dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi

Contoh ayat:

(a) Ayah membelikan ibu sebuah kereta

(Objek tepat ialah ibu)

(Objek sipi ialah sebuah kereta)

(b) Aiman membuatkan adiknya secawan air kopi .

(Objek tepat ialah adiknya)

(Objek sipi ialah secawan air kopi)
  

KATA KERJA TAK TRANSITIF

    Kata kerja tak transitif tidak memerlukan penyambut atau objek. Penyambut atau objek yang dimaksudkan ialah kata nama yang menerima akibat kata kerja itu.

    Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada tiga iaitu:
1-tunggal
2-berawalan
3-berapitan

   Bahagian bentuk-bentuk tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas dengan melihat penjelasan di bawah:

tunggal
  kktt             - gugur
  contoh ayt  - buah durian itu belum gugur.
berawalan beR
  kktt             - bermain
  contoh ayt  - Aiman suka bermain dengan rakannya.
berawalan meN
  kktt             - melecur
  contoh ayt  - jari budak itu melecur kerana terkena mercun.
berawalan teR
  kktt             - tertidur
  contoh ayt  - Ahmad Muaz tertidur di meja makan.       
berapitan beR-...-an
  kktt              - berkibaran
  contoh ayt  - Bendera jalur gemilang berkibaran ditiup angin.

contoh ayat:
- Buah durian itu belum gugur.
- Aiman suka bermain dengan rakannya.
- Jari budak itu melecur kerana terkena mercun.
- Ahmad Muaz tertidur di meja makan.
- Bendera jalur gemilang berkibaran ditiup angin.
 
 Terdapat kata kerja tak transitif yang berpelengkap, iaitu kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Contoh ayat:

(a) Kami tinggal di Bachok sejak sepuluh tahun yang lalu.

(b) Kita mestilah sentiasa berprasangka baik terhadap orang lain.

(c) Abang saya menjadi guru setelah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tajuk Karangan Tentang Kepentingan Unsur-Unsur Kebudayaan.

• karangan kedua. Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.      Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunju

Tajuk Karangan Tentang Stress.

• Karangan Kedua Stress dapat menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta boleh menimbulkan masalah kesihatan. Stres merupakan hasil interaksi antara peristiwa persekitaran dengan individu. Paras stress yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Stres member kesan terhadap emosi seseorang. Emosi seseorang itu akan terganggu dan perasaan risau sentiasa menghantuinya. Selain itu, seseorang itu mengalami ketegangan fikiran dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Stres juga menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah otaknya sentiasa letih dan penat berfikir.Stres mengubah sikap seseorang itu daripada seorang yang sabar kepada cepat marah dan sentiasa mengeluh. Kadang-kadang, seseorang itu juga menunjukkan perasaan runsing, kecewa dan mudah menangis. Stres yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan cemas, sensitive,murung,sukar tidur dan hilang selera makan. Stres juga mendatangkan ancaman penyakit kepa

Karangan Masalah Pengangguran & Langkah Mengatasinya.

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku. Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang