Langkau ke kandungan utama

Nota Sukatan Bab Bahasa Kebangsaan Daripada Awal.

BAB 1: ASAL USUL BAHASA KEBANGSAAN ada di permulaan tugasan saya #PUAN MASKOR.

BAB 2:KENAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor.

·         Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini.

·         Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini.

·         Ketiga, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.

·         Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak.
Ini antara faktor mengapa kita perlu menggunakan bahasa Melayu. Jangan sisihkan bahasa Malayu bahasa kebangsaan kita.

Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.

Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.

Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.

Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.

Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.

Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.

Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.

Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.

Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai Bahasa perpaduan?

Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia

Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagaiTeras Perpaduan Bangsa Malaysia

Maka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.Di akhirnya pula saya akan menuliskan beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan.

Secara konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.

Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.

Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.

Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.

Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.

Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta.

Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.

Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain.

Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.

Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.

Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.

Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduanm melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa

Ancaman

Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan.

Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating.

Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS.

Bagi saya ini satu perkembangan yang menkjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini.

Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan ide YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara, iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

BAB 3 SISTEM EJAAN DAN BAHASA BAKU

September 10, 2017

August 11, 2017

BAB 3:SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

                                               

PENGENALAN;

-Bahasa melayu baku ialah bahasa melayu yang sempurna digunakan dari aspek-aspek bahasanya    iaitu bahasa betul ejaan,tatabahasa,istilah,penggunaan kata,laras bahasa dan sebutannya.
-Terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem tulisan.lima abjad ia terdiri daripada vokal a,e,i,o  dan u.

* Terdapat 1 variasi bagi fonem {e} iaitu e taling dan e pepet.

* Terdapat 3 diftong,iaitu {ai},{au},dan {oi}.fonem-fonem tersebut terkandung dalam

* perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.

        *Fonem-fonem diftong boleh di bahagian awal,tengah,ataupun akhir perkataan.

BUNYI DAN HURUF:

* Abjad-26 abjad

* Vokal -6 [a/e pepet/e taling/i/o/u]

* Konsonan – 21

* Digraf -5 [ kh, gh, ng,ny,sy]

POLA KESELARASAN VOKAL;

POLA KESELARASAN

CONTOH PERKATAAN

a - a

amal

baka

masak

a - i

masjid

balik

alih

a - u

barut

patut

datuk

e (pepet) - a

Sedar

jelas

emak

e (pepet) - i

betik

lentik

detik

e (pepet) - u

telur

belum

tebus

e (taling) - a

elak

ekar

helah

e (taling) - e

leleh

telek

remeh

e (taling) - e

esok

bengkok

cedok

I - a

Bilang

pinang

kilas

I – I

pilih

didih

sirih

I - u

tidur

hibur

hidup

O - a

otak

rosak

bosan

EJAAN  KATA PINJAMAN;

1-Penyesuaian  huruf-huruf konsonan tertentu.

-   cc-ks access menjadi akses.

-   x-ks express menjadi ekspress.

2-Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama.

  ff-f traffic menjadi trafik.

3-Penyesuaian huruf bagi gabungan dan huruf vokal.

  oo-u boot menjadi but.

4-Pengekalan gugur konsonan dalam bahasa inggeris dengan penyesuaian.

-   block menjadi blok.

-   draft menjadi draf.

5-Huruf yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan BI ditulis sebagai [ g ]dan disebut sebagai [ g ] dalam BM.

-   generation  menjadi generasi.

-   agent menjadi agen.

6-Kata yang asalnya berakhir dengan -sion,-sional,-tion,-tional menjadi -si,-syen,-sional.

-   lotion menjadi losen;section menjadi seksyen.

7-Pengekalan kata yang berakhir dengan -ism.

-   nationalism menjadi nasionalisme.

8-Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.

-   pencil menjadi pensel.

-   action menjadi aksi.

-   dial menjadi dail.

PENULISAN KATA SENDI NAMA;

1-Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama.

2-Kata sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan,antaranya ialah;-

 a)  kata sendi nama di

        -kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang                         menunjukkan tempat seperti;-

          -    di sekolah                                                   
          -    di jalan

         -tidak boleh menerangkan waktu,masa, atau zaman,contohnya;-

         1 -    Di pagi hari (salah)

            -    Pada pagi hari (betul)

         2 -    Di kurun ke-15 (salah)

            -    Pada kurun ke-15(betul)

         3 -    Di zaman itu (salah)

            -    Pada zaman itu (betul)

 b) Kata sendi nama ke

        -Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang                  menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
       -Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang                          menunjukkan manusia atau binatang.

        -contohnya;-

             - ke pihak polis (salah)
             -  kepada pihak polis (betul)

             -  Ke Ali (salah)
             -  kepada Ali (betul)

  c)  Kata sendi nama daripada

             -  Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa
                  nama yang menyatakan punca bagi manusiia,haiwan atau benda,asal 
                  kejadian dan sumber,atau unsur perbandingan.

             -contohnya;-
                   -Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya,
                        
                   - Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
                      
                   - Lebih baik Ahmad daripada Ali.
           
           

PENGGUNAAN TANDA BACA.

tanda baca noktah ( . )

·         berakhirnya sesuatu ayat

·         digunakan untuk menyatakan singkatan

·         contoh :- Hj. Y.B , Abd.

      2. tanda baca sempang (-)

·         sebagai tanda kata ganda 

·          contoh:- rumah-rumah, berlari-lari,gunung-ganang.

      3.antara huruf kecil dengan huruf besar

·         huruf besar iaitu merujuk kepada tuhan atau nama khas.

·         tanda sempang ini digunakan untuk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil.

·         contoh :- Hamba-mu,Rahmat-nya

     4.tanda seru (!)

·         tanda seru hadir di akhir ayat seruan 

·         salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.

·         contoh :- Wah!cantiknya baju itu. 

                         sepatutnya, wah,cantinya baju itu!

PENULISAN KATA GANTI NAMA SINGKAT

·         4 singkatan kata ganti nama - kau,ku,mu,nya

            -contoh : kulihat,kusedari,kautulis,kausedari

PENULISAN PARTIKEL

4 Partikel : lah,kah,&tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.

·         contoh : berilah,diakah manatah

partikel pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan iaiti :-

 adapun

sekalipun

walaupun

lagipun dsb..

  APITAN KATA KERJA 

·         men-..-kan (membentuk kata kerja transitif aktif daripada semua gol kata dasar) membawa 3 makna iaitu :-

          -membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar seperti menceritakan merundingkan.

·         membawa makna benefaktif @ manfaat seperti :-

mencarikan = mencari untuk

membawakan = membawa untuk

·         ber-..-kan (membentuk kata kerja transitif) akhiran -kan dalam apitan ini ialah kependekan kata sendi nama "akan" yang mewakili kata sendi nama yang lain seperti dengan pada dan tentang contohnya :

berdasarkan bukti : berdasarkan pada hati

bersenjatakan pistol : bersenjata dengan pistol

·         men-..-(membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata-kata dasar dalam semua golongan dan membawa makna lokatif.)

        -akhiran -i boleh mewakili kata sendi nama di,pada,kepada,untuk,akan,terhadap dan daripada.

·         contohnya :-

membanjiri : menjadi banjir di 

memagari = menjadi pagar pada

menghadiahi : memberikan hadiah kepada

·         di-..-i (merupakan bentuk pasif bagi men-..-i 

       contohnya:-

menemui (aktif) : ditemui (pasif)

memagari (aktif) :dipagari (pasif)

menyakni (aktif) : diyakini (pasif)

SISIPAN KATA NAMA 

·         Sisipan yang membentuk kata nama ialah -el -er -em

·         membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri-ciri yang terkandung dala  kata dasar contohnya :-

kemumur : kelemumur

kuncup : kemuncup

SISIPAN KATA ADJEKTIF

·          bentuk-bentuk sisipan kata adjektif ialah em,el,er,in contohnya :-

guruh : gemuruh

serak : selerak

sambung : sinambung

SISIPAN KATA KERJA 

·         berdasarkan bahasa melayu,tiada sisipan yang berlaku tetapi kata nama dan kata adjektif yang bersisipan boleh menjdai kata kerja melalui proses pengimbuhan contohnya :-

kelupas : berkelupas

keruping : berkeruping

PENULISAN KATA GANDA

·         penulisan bagi perkataan kata ganda hendak menggunakan tanda sempang (-)

daun-daun

bergoyang-goyang

gunung-ganang

gotong-royong

LATIHAN

Kata Ganti Diri Pertama:

Tunggal:

Aku - digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.

Contoh ayat:                                       

Saya - digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.

Contoh ayat:

Hamba - digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.

Contoh ayat:

Patik - digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

Contoh ayat:

Beta - digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

Contoh ayat:

Jamak:

Kami - digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.

Contoh ayat:

Kita - digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Contoh ayat:

KATA GANTI DIRI KEDUA:

Anda - digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.

Contoh ayat:

Awak - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Contoh ayat:

Engkau - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.

Contoh ayat:

Tuanku - digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.

Contoh ayat:

Kalian - digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

Contoh ayat:

Kamu - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Contoh ayat:

KATA GANTI DIRI KETIGA:

Tunggal:

Baginda - digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.

Contoh ayat:

Beliau - digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.

Contoh ayat:

Dia dan ia - digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

Contoh ayat:

Jamak:

Mereka - digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

Contoh ayat:

 KATA KERJA TRANSITIF:

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Bijak mengurus masa contohnya ialah:

·        Halim melihat Adam.

(Adam ialah objek yang dilihat oleh Halim)

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di.

5 Ayat Kata Kerja Transtif:

1.     Radio itu didengari Atan.

2.     Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.

3.     Sayur itu dijual oleh Aminah.

4.     Ikan itu dijaja oleh Pak Abu.

5.     Surat itu ditulis oleh ayah.

KATA KERJA TAK TRANSITIF:

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

5 Ayat Kata Kerja Tak Transitif:

1.     Kami mandi di sungai. (k.kerja tak transitif berpelengkap)

2.     Dia senyum semasa berjalan. (k.kerja tak transitif berpelengkap)

3.     Air sungai beransur surut. (k.kerja tak transitif berpelengkap)

4.     Rumahnya roboh . (k.kerja tak transitif tak berpelengkap)

5.     Radio itu berbunyi. (k.kerja tak transitif tak berpelengkap)

BAB 4&5: PROSES PEMBENTUKAN KATA

September 10, 2017

BAB 4&5:PROSES PEMBENTUKAN KATA

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagai pembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalam Linguistik Am (2007), menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:

i)        Bentuk kata tunggal.

ii)      Bentuk kata terbitan.

iii)    Bentuk kata majmuk

iv)    Bentuk kata ganda.

Mengikut buku Linguisti Am (2007),  pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga kaedah menerbitkan kata iaitu:

i)        Pengimbuhan.

ii)      Penggandaan

iii)    Pemajmukan

3.1       Bentuk Kata Tunggal

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:

i)        Kata tunggal satu suku kata.

ii)      Kata tunggal dua suku kata 

iii)    Kata tunggal tiga suku kata.

iv)    Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

3.1.1    Kata tunggal satu suku kata.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata. 

3.1.2    Kata tunggal dua suku kata.

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti aku, aur, angka, indah, tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.

3.1.3    Kata tunggal tiga suku kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya  agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya, tuala, ziarah, idea, deria, azali, istanasutera, jendela, akaun dan gelombang.

3.1.4    Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialah keluarga, bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela. 

            Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh ditulis dengan cara:

i)        Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata – ABIM

ii)      Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata – Mara

iii)    Gabungan suku kata dengan suku kata – tabika

Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.

3.2       Bentuk  Kata Terbitan / Pengimbuhan

Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

i)        Kata terbitan berawalan (hadir sebelum kata dasar).

-          Awalan kata nama.

-          Awalan kata kerja

-          Awalan kata adjektif

ii)      Kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar).

-          Akhiran kata nama

-          Akhiran kata kerja

iii)    Kata terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar).

-          Apitan kata nama

-          Apitan kata kerja

-          Apitan kata adjektif

iv)    Kata terbitan bersisipan (hadir dicelah kata dasar).

-          Kata nama

-          Kata adjektif

-          Kata kerja

Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada :

i)        Awalan (dicantumkan pada pangkal kata dasar)

ii)      Akhiran (dicantumkan pada akhir kata dasar)

iii)    Sisipan (disisip selepas konsonan pertama kata dasar)

iv)    Apitan (dicantum pada pangkal dan akhir kata dasar serentak)

Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan dengan buku Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik Safiah menyebut kata terbitan manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi hakikatnya, proses yang berlaku adalah sama.

3.3       Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:

i)        Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.

ii)      Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.

iii)    Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya, peribadi, barangkali dan sukacita. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama sahaja. Contohnya, alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya, warganegara- warganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

i)        Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya, campur aduk  - bercampur aduk.

ii)      Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya, satu padu – menyatupadukan.

kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan kata majmuk itu bukan frasa ialah:

i)        Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.

ii)      Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.

iii)     Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.

Bentuk Kata Ganda / Penggandaan

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

i)        Penggandaan penuh

ii)      Penggandaan separa

iii)    Penggandaan berentak

 Penggandaan Penuh    

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. 

i)        Penggandaan penuh kata tunggal – contohnya ialah ayat- ayat.

ii)      Penggandaan penuh kata berimbuhan.

-          Dengan awalan – contohnya ialah ketua- ketua.

-          Dengan akhiran – contohnya ialah ajaran- ajaran.

-          Dengan apitan – contohnya persatuan- persatuan.

 Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. 

i)        Penggandaan separa kata tunggal – contohnya ialah sesiku.

ii)      Penggandaan separa kata berimbuhan .

-          Dengan awalan kata kerja- contohnya ialah berlari- lari dan tolong- menolong.

-          Dengan awalan kata adjektif – contohnya ialah sepandai- pandai.

-          Dengan akhiran kata nama – contohnya ialah sayur- sayuran.

-          Dengan akhiran kata kerja – contohnya ialah doa- doakan.

-          Dengan akhiran kata adjektif – contohnya ialah rindu- rinduan.

-          Dengan apitan kata kerja – contohnya ialah bersalam- salaman, mendewa- dewakan, mengulang- ulangi dan dibayang- bayangi.

-          Dengan apitan kata adjektif – contohnya ialah kebodoh- bodohan.

  Penggandaan berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i)        Penggandaan berentak pengulangan vokal.

ii)      Penggandaan berentak pengulangan konsonan.

iii)    Penggandaan berentak bebas.

BAB 6: PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU

September 10, 2017

BAB 6: PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU

   PROSES PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU                                                              

 PENGENALAN

Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu (Nik Safiah 1989: 239).

Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995; 24) turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya yang terhasil daripada perubahan teknologi.

            Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang benar- benar baru. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya. 

            Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa bahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya.  Oleh itu bahasa dapat diekplotasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.  Dengan itu, bahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

      DEFINISI PEMBENTUKAN KATA

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur  yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

      PERBANDINGAN

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagai pembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalam Linguistik Am (2007), menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:

i)        Bentuk kata tunggal.

ii)      Bentuk kata terbitan.

iii)    Bentuk kata majmuk

iv)    Bentuk kata ganda.

Mengikut buku Linguisti Am (2007),  pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga kaedah menerbitkan kata iaitu:

i)        Pengimbuhan.

ii)      Penggandaan

iii)    Pemajmukan

      Bentuk Kata Tunggal

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:

i)        Kata tunggal satu suku kata.

ii)      Kata tunggal dua suku kata 

iii)    Kata tunggal tiga suku kata.

iv)    Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

    Kata tunggal satu suku kata.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata. 

    Kata tunggal dua suku kata.

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti aku, aur, angka, indah, tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.

    Kata tunggal tiga suku kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya  agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya, tuala, ziarah, idea, deria, azali, istanasutera, jendela, akaun dan gelombang.

   Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialah keluarga, bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela. 

            Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh ditulis dengan cara:

i)        Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata – ABIM

ii)      Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata – Mara

iii)    Gabungan suku kata dengan suku kata – tabika

Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.

     Bentuk  Kata Terbitan / Pengimbuhan

Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

i)        Kata terbitan berawalan (hadir sebelum kata dasar).

-          Awalan kata nama.

-          Awalan kata kerja

-          Awalan kata adjektif

ii)      Kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar).

-          Akhiran kata nama

-          Akhiran kata kerja

iii)    Kata terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar).

-          Apitan kata nama

-          Apitan kata kerja

-          Apitan kata adjektif

iv)    Kata terbitan bersisipan (hadir dicelah kata dasar).

-          Kata nama

-          Kata adjektif

-          Kata kerja

Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada :

i)        Awalan (dicantumkan pada pangkal kata dasar)

ii)      Akhiran (dicantumkan pada akhir kata dasar)

iii)    Sisipan (disisip selepas konsonan pertama kata dasar)

iv)    Apitan (dicantum pada pangkal dan akhir kata dasar serentak)

Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan dengan buku Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik Safiah menyebut kata terbitan manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi hakikatnya, proses yang berlaku adalah sama.

       Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:

i)        Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.

ii)      Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.

iii)    Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contohnya, antarabangsa.

Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya, peribadi, barangkali dan sukacita. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama sahaja. Contohnya, alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya, warganegara- warganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

i)        Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya, campur aduk  - bercampur aduk.

ii)      Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya, satu padu – menyatupadukan.

Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

      Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera dan mahasiswa. Kata bumi ialah penerang dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.

Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan kata majmuk itu bukan frasa ialah:

i)        Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.

ii)      Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.

iii)     Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.

Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja terpisah  contohnya kereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung contohnya antarabangsa. Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat 30 kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya ialah kakitangan- kakitangan. Kata majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk, kata adverba majmuk dan kata tugas majmuk.

       Bentuk Kata Ganda / Penggandaan

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

i)        Penggandaan penuh

ii)      Penggandaan separa

iii)    Penggandaan berentak

        Penggandaan Penuh    

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. 

i)        Penggandaan penuh kata tunggal – contohnya ialah ayat- ayat.

ii)      Penggandaan penuh kata berimbuhan.

-          Dengan awalan – contohnya ialah ketua- ketua.

-          Dengan akhiran – contohnya ialah ajaran- ajaran.

-          Dengan apitan – contohnya persatuan- persatuan.

        Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. 

i)        Penggandaan separa kata tunggal – contohnya ialah sesiku.

ii)      Penggandaan separa kata berimbuhan .

-          Dengan awalan kata kerja- contohnya ialah berlari- lari dan tolong- menolong.

-          Dengan awalan kata adjektif – contohnya ialah sepandai- pandai.

-          Dengan akhiran kata nama – contohnya ialah sayur- sayuran.

-          Dengan akhiran kata kerja – contohnya ialah doa- doakan.

-          Dengan akhiran kata adjektif – contohnya ialah rindu- rinduan.

-          Dengan apitan kata kerja – contohnya ialah bersalam- salaman, mendewa- dewakan, mengulang- ulangi dan dibayang- bayangi.

-          Dengan apitan kata adjektif – contohnya ialah kebodoh- bodohan.

       Penggandaan berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i)        Penggandaan berentak pengulangan vokal.

ii)      Penggandaan berentak pengulangan konsonan.

iii)    Penggandaan berentak bebas.

Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses penerbitan kata boleh berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah menyebutnya sebagai bentuk kata ganda. Walaupun istilah berbeza tetapi ia membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan, penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah Hassan menyenaraikan empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan iaitu:

i)        Gandaan penuh.

ii)      Gandaan separa.

iii)    Gandaan rentak

iv)    Gandaan bebas.

      Gandaan Penuh.

Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata akar dan kata terbitan daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

i)        Kata Nama (membawa maksud banyak dan menyerupai). Contohnya:

-          meja- meja ( banyak meja).

-          Orang- orang (banyak orang atau lembaga orang bagi menakutkan burung di sawah)

ii)      Kata Kerja (membawa maksud perbuatan dilakukan berulang atau tidak serius). Contohnya:

-          Makan- makan (makan berterusan)

-          Main- main (main berterusan, tidak serius melakukan sesuatu)

iii)    Kata Adjektif ( membawa maksud sifat yang menyeluruh). Contohnya:

-          Putih- putih (putih belaka)

iv)    Kata Adverba (menerangkan bila dan jangka masa sesuatu perbuatan atau perihal keadaan berlaku). Contohnya:

-          Sampai- sampai (sebaik sahaja sampai)

v)      Kata Terbitan (menghasilkan perkataan kompleks). Contohnya:

-          Pemain- pemain (ramai pemain)

    Gandaan Separa

Penggandaan separa adalah kelainan bentuk penggandaan penuh yang berlaku kepada kata nama tunggal. Seluruh kata tunggal boleh digandakan atau hanya suku kata pertama digandakan. Bunyi vokal dalam suku kata yang digandakan itu berubah menjadi e pepet. Kata ganda separa membawa maksud yang sama dengan kata ganda penuh. Contohnya:

i)        Kata Nama – laki            laki- laki         lelaki (jantan, ramai laki- laki)

ii)      Kata Kerja – tulis          tulis- tulis         tetulis ( menulis berkali- kali)

iii)    Kata Adjektif – sedap          sedap- sedap        sesedap (sedap belaka)

iv)    Kata Adverba – laju         laju- laju          lelaju (dengan laju)

    Gandaan Rentak

Ada beberapa kata nama yang boleh menerima penggandaan rentak sama ada rentak suku kata atau berentak bunyi. Fungsi gramatis penggandaan rentak ialah menunjukkan banyak yang beraneka. Perubahan suku kata atau bunyi vokal memberi tambahan aneka kepada pengertian banyak yang sudah ada pada kata ganda tersebut. Terdapat tiga jenis penggandaan rentak iaitu :

i)        Rentak suku kata awal – bukit          bukit- bukau

ii)      Rentak suku kata akhir – lauk          lauk- pauk

iii)    Rentak bunyi vokal – suku           suku – sakat

     Gandaan Bebas

Bentuk gandaan bebas mengandungi bentuk bebas. Bentuk kata dasar itu ada tetapi gandaannya hanya wujud dalam bentuk penggandaan sahaja. Fungsi gramatisnya juga menunjukkan banyak. Bilangan penggandaan begini tidak banyak. Contohnya  ialah:

- ipar        ipar- duai (ramai ipar)

            Rangkap kata berbeza daripada kata ganda. Dalam gandaan, ada kata dasar yang digandakan. Dalam rangkap kata, kedua- dua perkataan itu adalah perkataan lain sama sekali. Sebagai contoh cerdik pandai ialah rangkap kata. Bentuk perkataan pandai bukanlah pengganda kepada cerdik. Sebaliknya pandai ialah pasangan rangkap kepada cerdik. Oleh sebab itu, rangkap kata bukanlah kata bebas.

     Kata Ganda dan Imbuhan

Perkataan berganda juga berlaku dengan imbuhan. Bagi kata nama, penggandaan mestilah berlaku di awal, di akhir atau mengapit kata dasar yang digandakan. Kata ganda nama boleh menerima imbuhan ber-, -an, me-…-kan dan di-…-kan. Contohnya:

i)        Dengan awalan- ber + hari- hari          berhari- hari

ii)      Dengan akhiran – ber + bunga- bunga         berbunga- bunga.

iii)    Dengan apitan – dikepal- kepalkan

iv)    Dengan awalan di tengah – rayu- merayu

•Muhammad Izzul Ikhwan Bin Yusoff
•17090139
•Diploma Qiraat & Tarannum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tajuk Karangan Tentang Kepentingan Unsur-Unsur Kebudayaan.

• karangan kedua. Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.      Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunju

Tajuk Karangan Tentang Stress.

• Karangan Kedua Stress dapat menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta boleh menimbulkan masalah kesihatan. Stres merupakan hasil interaksi antara peristiwa persekitaran dengan individu. Paras stress yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Stres member kesan terhadap emosi seseorang. Emosi seseorang itu akan terganggu dan perasaan risau sentiasa menghantuinya. Selain itu, seseorang itu mengalami ketegangan fikiran dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Stres juga menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah otaknya sentiasa letih dan penat berfikir.Stres mengubah sikap seseorang itu daripada seorang yang sabar kepada cepat marah dan sentiasa mengeluh. Kadang-kadang, seseorang itu juga menunjukkan perasaan runsing, kecewa dan mudah menangis. Stres yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan cemas, sensitive,murung,sukar tidur dan hilang selera makan. Stres juga mendatangkan ancaman penyakit kepa

Karangan Masalah Pengangguran & Langkah Mengatasinya.

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku. Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang