Langkau ke kandungan utama

Jenis Ayat.

1)AYAT PENYATA

Definisi:

 1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.

2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Ayat contoh:

a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.

c) Dia suka menonton rancangan televisyen.

d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.

e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

 

2) AYAT SERUAN

Definisi:

1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.

2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.

3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan 

sebagainya.

Ayat contoh:

a) Amboi, cantiknya gadis itu!

b) Wah, mahalnya baju ini!

c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!

d) Cis, berani kamu pukul saya!

e) Syabas, kamu telah menang!




3) AYAT TANYA

Definisi:

1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.

2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

Ayat contoh:

a    Adik masih belum makan?

b   Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?

c   Bas itu sudah bertolak?


Ayat Tanya Dengan Kata Tanya

1) Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

Ayat contoh:

a) Barang itu apa?

b) Pemain piano itu siapa?

c) Hari jadi kamu bila?

2) Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.

Ayat contoh:

a) Apakah barang itu?

b) Siapakah pemain piano itu?

c) Bilakah hari jadi kamu?

4) AYAT PERINTAH

1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat Suruhan

- Minumlah teh ini dahulu.

b) Ayat Larangan

-  Jangan petik bunga itu.

- Usah bermain di tepi jalan.

- Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

c) Ayat Silaan

- Silalah pakai topi keledar.

- Jemput makan bersama-sama.

d) Ayat Permintaan

- Minta anda semua bersabar.

- Tolong ambilkan saya secawan air.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tajuk Karangan Tentang Kepentingan Unsur-Unsur Kebudayaan.

• karangan kedua. Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.      Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjun...

Tajuk Karangan Tentang Krisis Makanan Dan Teknologi Sebagai Penyelamat.

• Karangan Kedua . Sejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan. Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun.Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan yang melebihi penwaran bekalan makanan telah menyebabkan kr...

Definisi Ayat Bahasa Kebangsaan 2.

DEFINISI AYAT. Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk. Pada umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu  ayat dasar  yang disebut juga sebagai ayat inti dan  ayat terbitan . Ayat terbitan ialah ayat yang dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses perluasan, pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar. Ahli-ahli bahasa tempatan telah memberikan takrif yang hampir serupa tnetang ayat, Antara takrif yang diberikan adalah seperti yang berikut : "Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu ayat boleh dibina dari...