DEFINISI AYAT. Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk. Pada umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu ayat dasar yang disebut juga sebagai ayat inti dan ayat terbitan . Ayat terbitan ialah ayat yang dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses perluasan, pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar. Ahli-ahli bahasa tempatan telah memberikan takrif yang hampir serupa tnetang ayat, Antara takrif yang diberikan adalah seperti yang berikut : "Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu ayat boleh dibina dari...