Langkau ke kandungan utama

Definisi Ayat Bahasa Kebangsaan 2.

DEFINISI AYAT.

Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

Pada umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu ayat dasar yang disebut juga sebagai ayat inti dan ayat terbitan. Ayat terbitan ialah ayat yang dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses perluasan, pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar.

Ahli-ahli bahasa tempatan telah memberikan takrif yang hampir serupa tnetang ayat, Antara takrif yang diberikan adalah seperti yang berikut :

"Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu ayat boleh dibina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil: klausa, rangkai kata, kata dan morfem. Ayat merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan. Maka ayat lebih umum dikenali sebagai bentuk pengucapan yang mengandungi fikiran yang sempurna."

Arbak Othman (1983 :133) 



"Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai."

Asmah Hj. Omar (1980 : 359)




"Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna."

Nik Safiah Karim et al. (2006 : 414)



"Ikatan  perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini ialah dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan-perkataan itu bukanlah jadi ayat."

Za'ba (1958 : 2156)



RUJUKAN : SIRI PENDIDIKAN GURU BAHASA MELAYU 1 (2008).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tajuk Karangan Tentang Kepentingan Unsur-Unsur Kebudayaan.

• karangan kedua. Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.      Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjun...

Nota Sambungan Sukatan Bab Bahasa Kebangsaan.

BAB 7:PENGENALAN SINTAKSIS September 10, 2017 BAB 7: SINTAKSIS            Jun4 Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Dalam bidang sintaksis, pengkaji bahasa telah menekankan beberapa aspek penting kajian untuk diselidik. Aspek sintaksis yang sering diberi tumpuan adalah seperti berikut: ·         unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. ·         Seterunsya adalah mengenalpasti jenis ayat, iaitu sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. ·         Ragam ayat i...

Nota Sukatan Bab Bahasa Kebangsaan Daripada Awal.

BAB 1: ASAL USUL BAHASA KEBANGSAAN ada di permulaan tugasan saya  #PUAN MASKOR. BAB 2:KENAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor. ·         Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. ·         Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. ·         Ketiga, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. ·         Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Ini antara faktor mengapa kita perlu menggunaka...